Sunday, May 25, 2008

SEJARAH KAMBING BOER

Boer dari perkataan Dutch bermakna ‘farmer’. Kedatangan Boer ke Afrika Selatan yang pernah direkodkan adalah ke Barat Uganda pada awal tahun A.D 1200. Dari mana asalnya keturunan Boer ini? Pembiakan awal adalah adalah dari golongan kaum Bantu Selatan (Southern Bantu), Namaqua Hottentots, India dan Eropah.Generasi Boer moden ini telah bermula pada abad 20. Di Wilayah Timur Afrika, penternakan Boer untuk dagingnya telah diterajui oleh Encik W.G Jordaan di mana anaknya T.B Jordaan dari Buffelsfontein. Pada awal pembiakan kambing boer ini, W.G Jordaan telah membeli kambing yang mempunyai bulu yang pendek dan warna merah muda pada kepala kambing dari Puan Van de Venter dari Somerset East. Di samping itu dia membeli seekor kambing jantan yang amat besar dari I.B van Heerden dari Kaalplas Cradock. Dari jenis kambing inilah bermulanya pembiakan kambing boer tersebut. Itu sebab jenama Jordaan ini terpahat dalam industri pembiakan boer di Afrika Selatan.Pada tahun 1959 pembiakan dan pemilihan kambing boer ini dikawalselia oleh sebuah pertubuhan yang dipanggil Boer Goat Breeder’s Association (Afrika Selatan). Pada tahun 1970, kambing boer telah diuji oleh National Mutton Sheep and Goat Performance Testing Scheme bagi mengesahkan boer sebagai kambing pedaging ketika itu.Pada tahun 1977, boer telah diimport oleh Jerman. New Zealand dan Australia telah mengimport boer pada tahun 1987 dan 1988. Di Amerika dan Kanada pula pada tahun 1993 selepas kedatangan embrio boer di Olds College, Kanada.

No comments: